Sunday, July 22, 2007

muTIAra2 kaTa~~


1--Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti.

2-Empat hal yang tidak seharusnya bagi seorang yang mulia untuk memandang rendah: bangunnya dia dari tempat duduknya untuk menemui ayahnya, berkhidmatnya dia kepada tamunya, bangunnya dia dari atas binatang tunggangannya, dan berkhidmatnya dia kepada seorang yang menuntut ilmu kepadanya. -Al-Imam Ja'far Ash-Shodiq

3-Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.

4-PERSAHABATAN" Ibaratkan Seperti TANGAN & MATA., Apabila Tangan Sakit., Mata akan menangis., Tangan Akan Kesat Air Mata., Itulah dikatakan "SAHABAT SEJATI"..

5-Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.- Lao Tze

6-Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

7-Perkataan itu seperti ubat, kalau sedikit bercakap memberi manfaat, tetapi terlalu banyak bercakap nescaya membunuh -Amru Al-As

9-Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun- Peribahasa Belanda

10-Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu.

11-Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna.

12-Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina

13-Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa sahaja. [10 Wasiat Luqman Hakim]

14-Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

15-Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman -Abul Qasim Al-Junaid

No comments: